
Hari ini aku serta krew video Unit Audio Video Penerbit bergerak ke Petaling Jaya. Tujuan kami ke sana adalah untuk membuat rakaman video ucapan HARI RAYA yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Saran Kaur Timbalan naib Canselor Hubungan Antarabangsa, UKM.
Kami dibawa ke sana oleh pemandu Prof. Dr. Saran serta setiausahanya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari UKM di Bangi. Sebaik kami tiba kami terus mencari sudut yang sesuai untuk rakaman berkenaan. Rakaman selesai dalam masa yang singkat dan kami dihidangkan minuman untuk membasahkan tekah yang memang dah kering sangat dah. Sebelum pulang ke Bangi kami diberi sejenis kueh yang dipanggil manisan atau 'laddu'.
Prof. Dr. Saran sebenarnya kurang sihat dan dinasihatkan oleh dokter supaya berehat kerana kakinya terseliuh agak teruk juga. Begitulah....kalau sedikit saja nikmat ditarik olehNYA tentu kita akan berasa tidak selesa dan banyak perkara akan ikut terlibat sama dan akan menyukarkan banyak pihak. Oleh itu bersyukurlah sentiasa bila kita dikurniakan nikmat kesihatan........
daud m. zakaria.
No comments:
Post a Comment