Saturday, September 18, 2010

Kat mana kita sekarang...


Dalam minggu hari Raya ni aku dapat memahami banyak perkara berkaitan 'orang kita'. Maksud aku perpaduan dikalangan 'orang kita'. Melalui pembacaan, perbualan, fb dan juga melalui pemerhatian.

Cuba kita baca bahan2 media, boleh dikatakan saban hari dapat dibaca perbezaan pandangan dikalangan 'orang kita' berkaitan sesuatu perkara. Ada yang menyokong, ada yang menentang dan ada yang menjadi pemerhati. Kita gagal menyatukan pandangan 'orang kita' dalam semua perkara. Kita langsung tidak mahu bertolak ansur untuk tujuan penyatuan di antara 'orang kita'. Kita seolah-olah lebih suka melihat perbezaan tersebut berterusan dan bertambah parah. Sebab apa perkara ini berlaku?. Tidak lain tidak bukan disebabkan untuk mengisi perut kita sendiri dan suku sakat kita sahaja. Kita jarang berfikir berkaitan 'orang kita'....kita jarang berfikir berkaitan 'survival' 'orang kita'.

Kita cuba berpaling sedikit kepada sikap 'orang kita' di desa-desa. Mereka lebih berminat untuk mempamerkan kelebihan keluarga dan suku sakat mereka daripada berbincang bagaimana untuk meneruskan kehidupan 'orang kita' yang semakin hari semakin tertekan. Kita lebih mengutamakan peluang2 untuk keluarga dan suku sakat keluarga kita melebihi memikirkan tentang kebaikan untuk 'orang kita'. Ingat satu hari nanti cucu cicit 'orang kita' akan kencing di atas kubur nenek moyang mereka kerana sikap dan tindakan nenek moyang merekalah yang menyebabkab 'cucu cicit orang kita' merempat kehidupannya di masa akan datang. Malah mungkin sepotong 'AL-FATIHAH' pun tidak akan dibacakan untuk nenek moyang mereka di masa akan datang. Itulah yang akan berlaku jika sikap 'orang kita' sekarang tidak berubah.

Cuba kita lihat di satu sudut yang lain pula. 'Orang kita' amat suka merosakkan ketenteraman 'orang kita' sendiri. Macam2 cara dilakukan seperti fitnah memfitnah serta juga melalui pengamalan 'ilmu hitam'. Cara yang mungkin paling lazim dilakukan terutama di desa-desa ialah penggunaan 'ilmu hitam' untuk membinasakan kebahagian 'orang kita'. Sampai bila kita akan jadi bergini....bersikap begini....? Ermmmm....cuma masa sahaja yang akan menentukannya.....awas lah, 'orang kita'.......

daud m. zakaria

No comments:

Post a Comment