Saturday, September 25, 2010

Di mana kita sebenarnya..



Memaafkan kesalahan orang lain memanglah sukar, sama juga memohon maaf kepada orang lain, tidak kurang juga sukarnya. Banyak perkara yang menyebabkan kita bertelingkah sesama rakan, saudara mara dan sebagainya. Diantaranya ialah dengki kianat, fitnah memfitnah, perebutan harta pusaka dan sebagainya. Dalam perkara-perkara yang demikian memang sukar untuk memohon maaf dan juga untuk memberi kemaafan.

Memohon maaf mesti dilakukan supaya kita terlepas daripada balasan di akhirat nanti. Jika orang yang kita minta maaf tersebut tidak menerima permohonan maaf tersebut itu terpulanglah kepada orang tersebut. Bagi yang memohon maaf, tanggung jawab dia memohon kemaafan telah terlepas. Namun orang memohon maaf janganlah mengulangi lagi kesilapannya yang sama di masa akan datang.

Untuk memberi kemaafan kepada orang yang memohon maaf kepada kita memanglah bukan satu perkara yang mudah. Ia akan menjadi sukar jika maruah kita diinjak-injak orang lain seperti harta benda kita diambil oleh orang lain, peribadi kita diburukkan dan pelbagai lagi perkara yang amat menyukarkan kita untuk memaafkan orang lain. Namun Tuhan telah menjanjikan melalui hadis-hadis bahawa orang yang memaafkan orang lain akan dinaikkan darjatnya di akhirat nanti dan timbangannya akan dimudahkan di hari akhirat nanti. Renungkanlah perkara ini.....

*aku pun tak pasti dapat memaafkan orang lain yang mempunyai kesalahan yang besar kepada aku...begitu juga sanggupkah aku memohon maaf kepada orang lain di atas semua kesilapan yang telah aku lakukan....?

daudzakaria....

No comments:

Post a Comment