Tuesday, October 12, 2010

Betul ker....

Boleh dikatakan kebanyakan kita mengetahui sifat marah merupakan sifat yang tidak baik. Kita memang sentiasa diajar supaya dapat mengawal sikap marah berkenaan.

Salah satu sebab yang membuatkan kita menjadi marah ialah apabila ada orang lain yang menghamburkan kata-kata kesat kepada kita atau apabila seseorang menuding kepada kita apabila kita membuat satu-satu keputusan yang tidak di sukai oleh pihak berkenaan.

Oleh itu bila terdapat seseorang berasa marah kepada kita atas apa yang kita lakukan, ambillah masa untuk bertenang. Cuba kawal kemarahan kita supaya perkara tersebut tidak berlanjutan. Ada ketikanya orang tersebu menghamburkan sikap marahnya kerana kelemahan dirinya untuk mengawal kemarahan. Ada ketikanya ia merupakan sikap yang telah diwarisi daripada ibu bapanya. Kita sebenarnya tidak dilahirkan dengan sifat marah. Semasa lahir diri kita adalah kosong, ibu bapa kita yang mencorakkan kita dengan segala sikap yang kita warisi.

Bila kita bersua dengan orang yang sedang merasa marah kepada kita, cuba bertenang, kawal kemarahan kita. Kelemahan bukan pada diri kita tetapi pada orang berkenaan. Ambil masa untuk bertenang. Selepas dia habis dengan kemarahannya barulah kita berkata-kata untuk perbualan seterusnya......

Ermmmm....sebenar-benarnya aku sendiri pun tak pasti sama ada aku boleh amalkan perkara ini....maaflah, itu merupakan kelemahan aku..........

daudmzakaria

Thursday, October 7, 2010

Banyak bercakap...

Terdapat beberapa sikap manusia yang ada ketikanya berguna namun ia juga boleh mendatangkan kemudaratan jugak. Apa yang aku maksudkan ialah sikap 'terlalu banyak cakap'. Mereka yang terlalu banyak cakap ni ada ketikanya berguna kerana biasanya mereka yang banyak cakap ni merupakan orang yang ramah. Orang yang ramah tentu akan mudah bertanya, mudah mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun terlalu banyak cakap jugak boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Sikap banyak bercakap akan mudah mengguris hati orang lain, mudah jugak mendapat musuh disebabkan kata-kata kita yang pedas dan seterusnya menyakiti hati orang lain. Akibat seterusnya tentu akan mencipta ramai musuh disekeliling kita.

Ada segelintir golongan yang banyak cakap, sekadar cuma banyak cakap tetapi apabila diberi tugas langsung tak dapat dilaksanakan. Macam-macam alasan yang diberikan, namun alasan yang diberikan merupakan alasan 'bodoh' yang langsung tidak dapat dijadikan penyokong kepada kelemahan diri orang yang 'terlalu banyak cakap'...

Jangan lupa jugak, banyak bercakap tentu banyak juga silapnya atau salahnya, bila banyak salah dan silapnya tentu banyak dosanya, bila banyak dosanya tentu akan ke neraka sudahnya......

daudmzakaria

Saturday, October 2, 2010

Sombong dan riak...



Kebanyakan daripada kita ada ketikanya terlupa atau terlepas pandang dengan tingkah laku kita sehari-hari. Kita juga mungkin seringkali lupa hakikat hidup di atas muka bumi ini perlu patuhi kehendak agama yang menyuruh kita sentiasa merendah diri. Sikap sombong atau riyak walau sebesar biji sawi sekalipun akan memberi kesan kepada kita di hari akhirat nanti.....

Aku sering jua bersua dengan manusia yang bersikap sombong, angkuh, riak dan seumpamanya. Seringkali jugak bila tiba berita seseorang meninggal dan aku kenal dengan sikap sombongnya, aku hanya mampu ucapkan Innalillah....sahaja, sukar aku hendak sedekahkan ALFATIHAH kepada insan berkenaan. Aku menjadi hairan mengapa kita harus sombong, riak, angkuh, meninggi diri dan sebagainya. Kalau kita sombong sebab kita banyak harta, kalau mati kita takkan bawa harta tersebut ke dalam kubur. Kalau kita riak sebab berpakaian cantik, mahal dan sebagainya, akhirnya pakaian tersebut akan lusuh jugak. Kalau kita riyak sebab kita lawa, cantik dan sebagainya, namun kecantikan tersebut cuma sementara ia akan luntur jugak sebab usia yang meningkat dan sebagainya. Kalau kita sombong sebab kita berpangkat tinggi, akhirnya kita akan bersara jugak dan tidak lagi di agung-agungkan oleh sesiapapun. Kalau kita riak sebab kita boleh memakan makanan yang sedap-sedap, lazat dan sebagainya maka rasa makanan tersebut cuma setakat tekak sahaja, selepas tekak sudah takde rasa pun. Kalau kita sombong sebab adik beradik serta anak-anak dan suami atau isteri kita orang kaya, berjawatan tinggi, berharta dan sebagainya....adakah mereka akan ingat untuk sedekahkan AL FATIHAH dan DOA kan kita bila kita mati nanti...

Kalau semuanya tidak pasti,lebih baiklah jangan kita sombong, riak, takabbur dan seumpamanya....kita cuma singgah sebentar sahaja di bumi TUHAN ini, yang kekal adalah di AKHIRAT....

daudmzakaria

Perlu berfikiran positif...


Aku amat hairan dengan mereka yang bersikap negatif. Pada pandangan aku kalau kita bersikap negatif kita akan kecundang sebelum kita mencuba. Orang yang bersikap negatif tentu akan banyak menemui kegagalan jika dibandingkan dengan mereka yang bersikap positif. Mereka yang berpandangan positif akan mencuba sesuatu walaupun ia kelihatan sukar dan seperti tidak akan mampu dicapai. Ungkapan-ungkapan yang berbau negatif seperti "ala...tak payahlah kau mencuba, takkan berjaya punya" , "alaaa...dah tua-tua ni tak payahlah kita susah-susah nak wbelajar sesuatu pun", 'dah tua-tua ni lebih baik kita buat kerje yang mudah-mudah....bagilah yang muda-muda buat kerje yang susah-susah tu...". Ermmmm....itulah diantara contoh-contoh insan yang berfikiran negatif yang mungkin lebih banyak menemui kegagalan dalam kehidupan....

daudmzakaria

Friday, October 1, 2010

Boleh percaya ker....?

Boleh percaya ker cara ni....?
Lepas sembahyang Jumaat, dan sementara menunggu hujan lebat reda, aku
telah diberi sekeping kertas oleh seseorang.


Sementara menunggu hujan reda sempat juga aku membaca keseluruhan isi di muka surat kertas berkenaan.




Siap dengan janji...





Boleh percayakah dengan perkara yang sebegini? Aku sendiri pun tak pasti. Kalau ada sape2 yang mempunyai maklumat harap boleh dikongsi bersama...




Bergambar di samping kereta mewah(BMW)





daudmzakaria

Bohong....

Bohong, lebih kurang sama erti dengan dusta, karut, palsu, berlainan daripada yang sebenarnya. Sikap pembohong merupakan satu sifat yang ada pada manusia tertentu. Bukan semua manusia mempunyai sikap sedemikan. Bohong merupakan satu perbuatan manusia yang tidak murni dan tidak baik yang sewajarnya dijauhi oleh manusia.

Terdapat satu pepatah Melayu yang berbunyi 'Bercakap bohong, lama-lama mencuri'. Ini membawa makna kalau kita sentiasa berbohong, akhirnya ia akan menjurus ke arah satu perbuatan lain yang juga tidak kurang buruknya iaitu mencuri. Ia juga boleh membawa pengertian bahawa perbuatan bohong akan membuahkan perbuatan buruk yang lain yang tidak kurang juga kejinya. Oleh itu cubalah dengan sedaya upaya mengelakkan diri kita daripada terjerumus kepada perbuatan berbohong kerana perbuatan tersebut adalah keji di sisi agama serta ia boleh menjana kepada perbuatan-perbuatan keji yang lain.

Dalam kehidupan seharian ada ketikanya jua aku terjumpa dengan manusia yang mempunyai sifat sebagai seorang pembohong. Mereka sentiasa bercakap bohong hatta dalam perkara yang dianggap remeh. Aku pun tidak mengerti mengapa mereka suka bercakap bohong. Yang lebih menghairankan aku, ada dikalangan mereka yang berbohong tersebut tidak pernah tinggal solatnya. Terdapat juga dikalangan mereka yang sering berkata seolah-olah seperti seorang ahli agama. Itu yang paling menghairankan dan membuatkan aku berasa pelik giler...........

daudmzakaria.