Thursday, October 7, 2010

Banyak bercakap...

Terdapat beberapa sikap manusia yang ada ketikanya berguna namun ia juga boleh mendatangkan kemudaratan jugak. Apa yang aku maksudkan ialah sikap 'terlalu banyak cakap'. Mereka yang terlalu banyak cakap ni ada ketikanya berguna kerana biasanya mereka yang banyak cakap ni merupakan orang yang ramah. Orang yang ramah tentu akan mudah bertanya, mudah mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun terlalu banyak cakap jugak boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Sikap banyak bercakap akan mudah mengguris hati orang lain, mudah jugak mendapat musuh disebabkan kata-kata kita yang pedas dan seterusnya menyakiti hati orang lain. Akibat seterusnya tentu akan mencipta ramai musuh disekeliling kita.

Ada segelintir golongan yang banyak cakap, sekadar cuma banyak cakap tetapi apabila diberi tugas langsung tak dapat dilaksanakan. Macam-macam alasan yang diberikan, namun alasan yang diberikan merupakan alasan 'bodoh' yang langsung tidak dapat dijadikan penyokong kepada kelemahan diri orang yang 'terlalu banyak cakap'...

Jangan lupa jugak, banyak bercakap tentu banyak juga silapnya atau salahnya, bila banyak salah dan silapnya tentu banyak dosanya, bila banyak dosanya tentu akan ke neraka sudahnya......

daudmzakaria

No comments:

Post a Comment