Saturday, October 2, 2010

Sombong dan riak...



Kebanyakan daripada kita ada ketikanya terlupa atau terlepas pandang dengan tingkah laku kita sehari-hari. Kita juga mungkin seringkali lupa hakikat hidup di atas muka bumi ini perlu patuhi kehendak agama yang menyuruh kita sentiasa merendah diri. Sikap sombong atau riyak walau sebesar biji sawi sekalipun akan memberi kesan kepada kita di hari akhirat nanti.....

Aku sering jua bersua dengan manusia yang bersikap sombong, angkuh, riak dan seumpamanya. Seringkali jugak bila tiba berita seseorang meninggal dan aku kenal dengan sikap sombongnya, aku hanya mampu ucapkan Innalillah....sahaja, sukar aku hendak sedekahkan ALFATIHAH kepada insan berkenaan. Aku menjadi hairan mengapa kita harus sombong, riak, angkuh, meninggi diri dan sebagainya. Kalau kita sombong sebab kita banyak harta, kalau mati kita takkan bawa harta tersebut ke dalam kubur. Kalau kita riak sebab berpakaian cantik, mahal dan sebagainya, akhirnya pakaian tersebut akan lusuh jugak. Kalau kita riyak sebab kita lawa, cantik dan sebagainya, namun kecantikan tersebut cuma sementara ia akan luntur jugak sebab usia yang meningkat dan sebagainya. Kalau kita sombong sebab kita berpangkat tinggi, akhirnya kita akan bersara jugak dan tidak lagi di agung-agungkan oleh sesiapapun. Kalau kita riak sebab kita boleh memakan makanan yang sedap-sedap, lazat dan sebagainya maka rasa makanan tersebut cuma setakat tekak sahaja, selepas tekak sudah takde rasa pun. Kalau kita sombong sebab adik beradik serta anak-anak dan suami atau isteri kita orang kaya, berjawatan tinggi, berharta dan sebagainya....adakah mereka akan ingat untuk sedekahkan AL FATIHAH dan DOA kan kita bila kita mati nanti...

Kalau semuanya tidak pasti,lebih baiklah jangan kita sombong, riak, takabbur dan seumpamanya....kita cuma singgah sebentar sahaja di bumi TUHAN ini, yang kekal adalah di AKHIRAT....

daudmzakaria

No comments:

Post a Comment