Thursday, September 30, 2010

Hari Raya...


Sambutan Hari Raya Aidul Fitri cuma satu(1) hari sahaja dan Hari Raya Aidul Adha ialah tiga(3) hari kalau tak silap aku. Dalam lingkungan hari berkenaan kita disuruh bersembahyang Hari Raya, bertakbir dan sebagainya......

Namun hari ini ia telah menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sambutan hari raya mengambil masa selama satu bulan iaitu sehingga tamat bulan Syawal. Pada pandangan aku ia bukanlah sambutan Hari Raya tetapi merupakan sambutan bulan Syawal. Pada pandangan aku jugak tiada salahnya sambutan Syawal ni kerana dalam bulan Syawal ni masyarakat Melayu akan kunjung mengunjung diantara satu sama lain dan tidak secara langsung mengeratkan tali selatur rahim dikalangan mereka. Walau bagaimanapun sambuta Syawal ni janganlah dicampur adukkan perkara yang menyalahi agama yang pada pandangan aku setiap individu Muslim mesti tahu mana yang harus dan mana yang haram.

daudmzakaria

Sikap...


Manusia mempunyai pelbagai sikap dan ragam. Ada ketikanya kita pun berasa pelik dengan sikap yang dimiliki oleh seseorang.

Kita tentu pernah berjumpa denga seseorang yangmana apabila dia bercakap dia tidak lekang dengan kata hikmah yang berupa kata-kata para agamawan. Bila kita berbual ada ketikanya dia akan selitkan kata-kata para-para ahli agama. Namun sikap yang dimilikinya amat berbeza pulak dengan perbualan yang lazim kita dengar. Sikap dan perbuatannya berbeza dengan apa yang keluar dari kotak suaranya.....pelik kan?

daudmzakaria


Tuesday, September 28, 2010

Bila nak habis...


Sejak akhir-akhir ini isu perkauman seringkali timbul dalam media-media tempatan. Tidak tahu mengapa perkara ini boleh berlaku. Sepatutnya soal perkauman ini tidak perlu lagi dimainkan dengan sewenang-sewenang oleh sesiapa sekalipun.

Seperti yang kita ketahui isu perkauman merupakan satu isu yang amat sensitif terutama di negara kita yang merupakan negara berbilang kaum. Bila isu ini dimainkan ia kan cepat bersemarak dan merebak menjadi lebih besar jika tidak dibendung. Negara kita masih muda jika dilihat pada usia kemerdekaannya. Oleh itu isu sensitif seperti perkauman ini tidak sewajarnya dimainkan oleh sesiapapun.

Dalam menangani masalah ini pihak yang tertentu sewajarnya bersikap adil dalam menangani isu perkauman ini. Janganlah bila sesuatu kaum menimbulkan satu isu yang berbau perkauman, ia tidak dianggap sebagai perkauman. Namun apabila satu kaum yang lain menimbulkan perkara yang berbau perkauman, ia terus dikatakan sebagai perkauman. Pihak yang berkenaan mestilah bersikap ADIL kepada semua kaum dalam hal berkaitan isu perkauman ini.

daudmzakaria.

Monday, September 27, 2010

Tiada penghujung....


Kalau kita selalu menatap dan menonton pelbagai berita di media-media tentu kita akan sedar pelbagai isu yang dipaparkan di media-media berkenaan. Cuba kita perhatikan, sesuatu pihak akan sentiasa menyalahkan pihak yang satu lagi. Begitulah sebaliknya dan di antara mereka akan saling tuduh menuduh sehingga kita pun tidak dapat mengagak bila fenomena sebegini akan berakhir. Biasanya pihak A akan sentiasa menyalahkan pihak B dalam sesuatu isu semasa yang menonjol.

Namun bagi aku kedua-dua pihak ada benar dan ada jugak salahnya. Sebenarnya bila kita tidak lagi 'memegang' sesuatu, kita akan terus menyalahkan orang yang 'memegangnya' padahal atau walhal semasa kita 'memegangnya' kita pun tidak nampak atau buat-buat tidak nampak kesilapan yang telah kita lakukan semasa kita 'memegangnya'. Hal atau perkara ini akan terus berlarutan sehingga tiada penghujungnya......

daudzakaria.

Sunday, September 26, 2010

Apa ada pada...

Sebagai orang Melayu beragama Islam kita sewajarnya terikat dengan ajaran Islam dan hukum-hukumnya. Semua sudut kehidupan kita sewajarnya terikat dengan Islam tidak boleh terkeluar daripadanya. Jika kita terkeluar bermakna kita telah melanggar hukum dan sebagainya.

Nombor merupakan satu perkara yang dalam budaya lain ia mempunyai pelbagai makna yang mungkin bertuah atau tidak bertuah. Namun dalam Islam nombor cuma satu hal yang biasa yang cuma memberikan sesuatu nilai. Di sini aku ingin bertanya mengapa kita yang beragama Islam berbangsa Melayu percaya sesuatu angka atau nombor boleh membawa tuah dan sebagainya. Sebagai contoh 10. 10. 10 menjadi satu tarikh yang dipilih untuk melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan kita. Mengapa kita harus terikat kepercayaan yang tidak pernah ujud dalam agama kita. Tidakkah ini akan menjadi suatu perkara yang bid'ah, karut, serta khurafat dan mungkin boleh menjerumuskan kita kepada syirik...

daudzakaria

Oleh itu fikir-fikirkanlah.....apa kata majlis yang kita adakan pada tarikh tersebut tidak membawa sebarang tuah.........

Saturday, September 25, 2010

Di mana kita sebenarnya..



Memaafkan kesalahan orang lain memanglah sukar, sama juga memohon maaf kepada orang lain, tidak kurang juga sukarnya. Banyak perkara yang menyebabkan kita bertelingkah sesama rakan, saudara mara dan sebagainya. Diantaranya ialah dengki kianat, fitnah memfitnah, perebutan harta pusaka dan sebagainya. Dalam perkara-perkara yang demikian memang sukar untuk memohon maaf dan juga untuk memberi kemaafan.

Memohon maaf mesti dilakukan supaya kita terlepas daripada balasan di akhirat nanti. Jika orang yang kita minta maaf tersebut tidak menerima permohonan maaf tersebut itu terpulanglah kepada orang tersebut. Bagi yang memohon maaf, tanggung jawab dia memohon kemaafan telah terlepas. Namun orang memohon maaf janganlah mengulangi lagi kesilapannya yang sama di masa akan datang.

Untuk memberi kemaafan kepada orang yang memohon maaf kepada kita memanglah bukan satu perkara yang mudah. Ia akan menjadi sukar jika maruah kita diinjak-injak orang lain seperti harta benda kita diambil oleh orang lain, peribadi kita diburukkan dan pelbagai lagi perkara yang amat menyukarkan kita untuk memaafkan orang lain. Namun Tuhan telah menjanjikan melalui hadis-hadis bahawa orang yang memaafkan orang lain akan dinaikkan darjatnya di akhirat nanti dan timbangannya akan dimudahkan di hari akhirat nanti. Renungkanlah perkara ini.....

*aku pun tak pasti dapat memaafkan orang lain yang mempunyai kesalahan yang besar kepada aku...begitu juga sanggupkah aku memohon maaf kepada orang lain di atas semua kesilapan yang telah aku lakukan....?

daudzakaria....

Friday, September 24, 2010

Macam-macam...



Macam-macam perangai manusia yang boleh kita temui di atas muka bumi ini. Jika kita mempunyai pergaulan yang luas tentu kita akan lebih peka dengan pelbagai sikap yang ada ketikanya akan menyebabkan kita meluat, jijik, jengkel dan sebagainya...

Aku memang jijik dengan perangai dan sikap segelintir manusia yang aku temui walaupun aku sendiri memang tidak mempunyai pergaulan yang luas dengan pelbagai jenis manusia di muka bumi ini. Aku akan berasa meluat jika bersua dengan sikap manusia yang tidak secocok dengan sikap murni seorang manusia. Ada yang riak, sombong, mementingkan diri sendiri, dan sebagainya....

daudzakaria

Selamat Hari Raya.....

Wednesday, September 22, 2010

Jujurkah kita.....?




Sebenarnya amat sukar untuk memenuhi tanggungjawab dalam kehidupan kita. Bukan setakat tanggungjawab di rumah tetapi juga di luar rumah terutamanya di tempat kerja. Tugas atau kerja merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul.

Sebagai pekerja kita telah diberi gaji yang dibayar setiap bulan sebagai upah kepada tugas atau tanggungjawab yang telah kita laksanakan. Kita dibayar gaji kerana datang di tempat kerja dan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Oleh itu kita sewajarnya berada di tempat kerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang waktu tempatan. Tidak kira sama ada kita mempunyai tugas untuk dilaksanakan atau tidak, itu soal lain. Yang pasti kita mesti berada di tempat kerja. Itu tanggungjawab kita sebab kita telah di bayar setiap hari dan seterusnya setiap hujung bulan.

Jika kita diberi tugas untuk diselesaikan, itu merupakan tanggungjawab untuk kita laksanakan sebab kita akan dibayar upah. Sepatutnya kita tidak boleh merungut apabila kita di suruh melakukan sesuatu tugas, sebab....itu memang tanggung jawab yang sewajarnya kita pikul sebagaimana kita katakan 'sanggup' semasa kita ditemuduga sebelum menjawat sesuatu jawatan. Jika kita merungut dan mengelak untuk melakukan tugas berkenaaan dan memberi beribu alasan untuk tidak melakukan tugas tersebut maka kita telah engkar dan upah yang kita terima setiap hujung bulan tanpa melaksanakan tugas tersebut adalah tidak sah.

Jika tugas yang diamanahkan kepada kita dilaksanakan oleh orang lain disebabkan kita mengelak dengan beribu alasan untuk tidak melakukannya maka ia menjadi satu kezaliman terhadap orang lain. Sepatutnya kita yang melaksanakan tugas berkenaan bukan orang lain. Andaikata orang berkenaan berdoa kerana dizalimi oleh kita, tidakkah kita bimbang doa tersebut akan mengejar dan membaham kita.

Renungkanlah secara mendalam, kemungkinan segala masalah yang kita alami seperti kemalangan, kenderaan kita rosak, wang yang sentiasa tidak mencukupi, hati tidak tenang dan pelbagai lagi ketidak selesaan yang kita alami, disebabkan oleh doa orang-orang di sekeliling kita yang telah kita zalimi ......dan mungkin jugak sebab kita tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab kita dengan sewajarnya sesuai dengan gaji yang kita terima setiap bulan.....cubalah renungkan.

daud zakaria.

Tuesday, September 21, 2010

Ucapan RAYA lagi...


Kami dibawa ke sana oleh pemandu Prof. Dr. Saran serta setiausahanya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari UKM di Bangi. Sebaik kami tiba kami terus mencari sudut yang sesuai untuk rakaman berkenaan. Rakaman selesai dalam masa yang singkat dan kami dihidangkan minuman untuk membasahkan tekah yang memang dah kering sangat dah. Sebelum pulang ke Bangi kami diberi sejenis kueh yang dipanggil manisan atau 'laddu'.

Prof. Dr. Saran sebenarnya kurang sihat dan dinasihatkan oleh dokter supaya berehat kerana kakinya terseliuh agak teruk juga. Begitulah....kalau sedikit saja nikmat ditarik olehNYA tentu kita akan berasa tidak selesa dan banyak perkara akan ikut terlibat sama dan akan menyukarkan banyak pihak. Oleh itu bersyukurlah sentiasa bila kita dikurniakan nikmat kesihatan........

daud m. zakaria.

Monday, September 20, 2010

UCAPAN RAYA WARGA UKM....

BILIK PROF. DR. RAHMAH, TIMBALAN NAIB
CANSELOR UKM.
Hari ini aku dengan teman2 daripada Unit Audi Video telah membuat rakaman video UCAPAN HARI RAYA warga UKM. Merka yang kami rakam ucapannya ialah PROF. DATUK DR. MUHAMMAD ABD. RAZAK, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR. Jam 10.00 pagi kami tiba di bilik Datuk Muhammad. Kami disambut dengan amat mesra. Bagi aku Prof. Datuk sangat baik, jarang mereka yang bergelaran seperti ini merendah diri dan ramah sepertinya. Pandangan aku sikap begini mesti disebabkan oleh didikan agama ibubapa dan doa ibubapa terhadap anak-anaknya. Kalau tiada didikan agama tentu manusia akan sombong, riak dan takabbur serta suka menunjuk-nunjuk terrutama menunjuk-nunjuk kuasa dan kelebihan yang dimilikinya.

Sebelah petang kami membuat rakaman video ucapan HARI RAYA Prof. Dr. Rahmah Mohamed, Timbalan Naib Canselor Akademik UKM. Seperti Prof. Datuk Muhammad, Prof. DR. Rahmah juga amat ramah dan lembut tutur katanya....senang hati mendengarnya. Alhamdulillah kami tidak menghadapi dengan PROF. RAHMAH, dan tugas rakaman kami amat lancar.
RAKAMAN UCAPAN RAYA STAF PUSAT KESIHATAN UKM.




STAF PUSAT KESIHATAN UKM
Selepas rakaman ucapan HARI RAYA Prof. Rahmah, kami bergerak pula ke bilik PROF. DATUK DR. HASAN BASRI, TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN. Di sini juga kami disambut mesra oleh Prof. Datuk. Rakaman kami juga berjalan lancar tanpa masalah. Alhamdulillah kami bertemu dengan mereka yang baik, ramah, lembut walaupun
mereka terdiri daripada orang yang bergelar dan mempunyai tahap intelek
yang tinggi. Aku rasa bangga bertemu dengan 'orang kita' yang baik dan
lembut seperti mereka walaupun mereka orang bergelar.


Seterusnya kami membuat rakaman ucapan HARI RAYA untuk staf UKM seperti staf PUSAT KESIHATAN UKM. Esok kami akan sambung rakaman ucapan tersebut......di Petaling Jaya pula....


STAF PUSAT KESIHATAN UKM



daud m. zakaria.

Saturday, September 18, 2010

Kat mana kita sekarang...


Dalam minggu hari Raya ni aku dapat memahami banyak perkara berkaitan 'orang kita'. Maksud aku perpaduan dikalangan 'orang kita'. Melalui pembacaan, perbualan, fb dan juga melalui pemerhatian.

Cuba kita baca bahan2 media, boleh dikatakan saban hari dapat dibaca perbezaan pandangan dikalangan 'orang kita' berkaitan sesuatu perkara. Ada yang menyokong, ada yang menentang dan ada yang menjadi pemerhati. Kita gagal menyatukan pandangan 'orang kita' dalam semua perkara. Kita langsung tidak mahu bertolak ansur untuk tujuan penyatuan di antara 'orang kita'. Kita seolah-olah lebih suka melihat perbezaan tersebut berterusan dan bertambah parah. Sebab apa perkara ini berlaku?. Tidak lain tidak bukan disebabkan untuk mengisi perut kita sendiri dan suku sakat kita sahaja. Kita jarang berfikir berkaitan 'orang kita'....kita jarang berfikir berkaitan 'survival' 'orang kita'.

Kita cuba berpaling sedikit kepada sikap 'orang kita' di desa-desa. Mereka lebih berminat untuk mempamerkan kelebihan keluarga dan suku sakat mereka daripada berbincang bagaimana untuk meneruskan kehidupan 'orang kita' yang semakin hari semakin tertekan. Kita lebih mengutamakan peluang2 untuk keluarga dan suku sakat keluarga kita melebihi memikirkan tentang kebaikan untuk 'orang kita'. Ingat satu hari nanti cucu cicit 'orang kita' akan kencing di atas kubur nenek moyang mereka kerana sikap dan tindakan nenek moyang merekalah yang menyebabkab 'cucu cicit orang kita' merempat kehidupannya di masa akan datang. Malah mungkin sepotong 'AL-FATIHAH' pun tidak akan dibacakan untuk nenek moyang mereka di masa akan datang. Itulah yang akan berlaku jika sikap 'orang kita' sekarang tidak berubah.

Cuba kita lihat di satu sudut yang lain pula. 'Orang kita' amat suka merosakkan ketenteraman 'orang kita' sendiri. Macam2 cara dilakukan seperti fitnah memfitnah serta juga melalui pengamalan 'ilmu hitam'. Cara yang mungkin paling lazim dilakukan terutama di desa-desa ialah penggunaan 'ilmu hitam' untuk membinasakan kebahagian 'orang kita'. Sampai bila kita akan jadi bergini....bersikap begini....? Ermmmm....cuma masa sahaja yang akan menentukannya.....awas lah, 'orang kita'.......

daud m. zakaria

Friday, September 17, 2010

RAKAMAN MCP HARI INI...

Dalam DEWAN CANSELOR

HARI ini, Sabtu, kami diminta untuk membuat rakaman MCP Pendaftaran Pelajar Baru Pusat Kembangan. Kami diminta untuk membuat rakaman Majlis Irar mereka.


Rakan-rakan yang membantu ialah Ismahashimi, Rosli Robai sementara Watie dan ermmm...lupa aku namanya terlibat dalam tugas pendaftaran. Hari Raya menyebabkan ramai krew tak dapat hadir. Walau bagaimanapun tugas dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal, ALHAMDULILLAH.... Tugas berkenaan tamat pada jam 1.00 petang.


suasana dalam DEWAN CANSELOR UKM.


daud m. zakaria

Thursday, September 16, 2010

Seminggu bercuti raya












PEKAN PARIT.


RUMAH CONTOH SERI ISKANDAR











WAKTU PAGI DI DESA.











BERSAMA GHAZALI, MALAM NOSTALGIA 77/78




BERSAMA SULAIMAN, MALAM NOSTALGIA 77/78


























Bermula dari 10 - 16 September 2010 aku telah bercuti sempena HARI RAYA AIDUL FITRI. Aku bergerak balik kampung pada hari Khamis malam HARI RAYA jam 6.00 petang. Disebabkab kereta aku tidak dalam keadaan baik, aku terpaksa meminjam kereta 'biras' aku. Tiba dikampunglebih kurang jam 11.00 malam, agak lewat maklumlah kenderaan agak banyak juga dilebuhraya menuju ke utara. Aku bercadang untuk berbuka puasa di hentian2 di lebuh raya tersebut namun semuanya penuh dengan kenderaan. Oleh itu terpaksa berbuka dalam kenderaan dalam keadaan masih memandu, nak buat macam mana......

Hari Raya Pertama aku cuma memerap jer kat rumah adik aku di kampung bersama keluarga. Sebenarnya ibu ku dah lama meninggal cuma tinggal ayah aku yang dah uzur yang usianya lebih 90 tahun. Dia tinggal di rumah yang dia bina dan tak mahu tinggal di rumah anak-anak. Hari raya tahun ni bapa aku memang tidak sihat seperti hari raya yang sudah-sudah....jadi suasana beraya dengan bapa langsung tiada. Hari Raya tahun ni aku memang tiada pergi ke rumah sesiapa pun, hanya memerap kat rumah jer....

Pada HARI RAYA kedua siang, aku serta keluarga pergi ke bandar SERI ISKANDAR untuk melihat rumah contoh di sana. Aku pergi ke sana untuk melihat rumah contoh jer bukan aper pun. Tapi kalau dah pencen nanti aku memang bercadang untuk kembali ke PERAK. Tapi tak tau lagi kat mana aku nak duduk sama ada di KUALA KANGSAR atau SERI ISKANDAR atau di kubur kalau umur aku tak panjang....insyaALLAH harap umur aku panjang. Bimbang gak jika amalan masih tak banyak....

Hari raya kedua malam aku serta keluarga pergi ke DEWAN IBKN di Seri Iskandar untuk menghadiri 'reunion' bekas pelajar SEKOLAH DATO' ABDUL RAHMAN YAACOB sesi 77 dan 78. Ramai jugak rakan yang aku jumpa iaitu iaitu Muhd. Sulaiman Nur, Hasnah Jamaluddin, Shakirah, Tazimah, Shafie Ardi, Sunaini, Hayan, Nordin, Zul, Ghazali, Rosnona, Anuar, Adnan, dan ramai lagi. Aku dapat informasi lebih kurang 30 orang bekas pelajar tahun 77&78 yang hadir malam tu.... Aku bernasib baik kerana mendapat hadiah cabutan bertuah malam tu namun yang penting bagi aku bukan hadiah tapi dapat berjumpa rakan lama adalah lebih bermakna lagi. Seronok jugak malam tu bila melihat gelagat grup aku yang bersorak setiap kali cabutan bertuah dikumandangkan nama mereka. Masing lupa yang diri masing-masing dah mencecah umur veteran termasuk aku sendiri....heh...heh...heh....Malam NOSTALGIA SMDARY itu tamat lebih kurang jam 11.00 malam dengan masing-masing membawa kenangan manis pulang ke rumah. Aku terkilan tidak dapat berjumpa rakan2 yang tidak dapat join malam tu seperti Zaini, Mai , Ma Fatimah, dan lain2 lagi. Ramai dikalangan kami bertemu dalam FB dan ramai juga dikalangan kami yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Hari Raya ketiga aku pergi berziarah ke rumah sedara mara isteri aku di Kampung Seterus, Sauk, Kuala Kangsar. Di sana singgah di rumah kakak ipar aku. Niat untuk bermalam di sana satu malam tetapi disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa balik ke Bangi jam 8.00 malam itu jugak. Masuk saja ke Lebuhraya kami telah terlibat dalam kesesakan dah kami berada dalam situasi berkenaa selam lebih kurang 2 jam. Selepas bandaraya Ipoh kami tidak lagi berada dalam kesesakan dan perjalanan kami selepas itu adalah lancar sangat hingga tiba di Bangi.

Di Bangi aku tidak pi mana-mana pun hanya duduk di rumah dan sekali-sekala keluar untuk mendapatkan bahan keperluan harian. Dan hari ini......aku mula bertugas kembali iaitu pada 17 SEPTEMBER 2010......

daud m. zakaria.