Wednesday, September 22, 2010

Jujurkah kita.....?




Sebenarnya amat sukar untuk memenuhi tanggungjawab dalam kehidupan kita. Bukan setakat tanggungjawab di rumah tetapi juga di luar rumah terutamanya di tempat kerja. Tugas atau kerja merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul.

Sebagai pekerja kita telah diberi gaji yang dibayar setiap bulan sebagai upah kepada tugas atau tanggungjawab yang telah kita laksanakan. Kita dibayar gaji kerana datang di tempat kerja dan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Oleh itu kita sewajarnya berada di tempat kerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang waktu tempatan. Tidak kira sama ada kita mempunyai tugas untuk dilaksanakan atau tidak, itu soal lain. Yang pasti kita mesti berada di tempat kerja. Itu tanggungjawab kita sebab kita telah di bayar setiap hari dan seterusnya setiap hujung bulan.

Jika kita diberi tugas untuk diselesaikan, itu merupakan tanggungjawab untuk kita laksanakan sebab kita akan dibayar upah. Sepatutnya kita tidak boleh merungut apabila kita di suruh melakukan sesuatu tugas, sebab....itu memang tanggung jawab yang sewajarnya kita pikul sebagaimana kita katakan 'sanggup' semasa kita ditemuduga sebelum menjawat sesuatu jawatan. Jika kita merungut dan mengelak untuk melakukan tugas berkenaaan dan memberi beribu alasan untuk tidak melakukan tugas tersebut maka kita telah engkar dan upah yang kita terima setiap hujung bulan tanpa melaksanakan tugas tersebut adalah tidak sah.

Jika tugas yang diamanahkan kepada kita dilaksanakan oleh orang lain disebabkan kita mengelak dengan beribu alasan untuk tidak melakukannya maka ia menjadi satu kezaliman terhadap orang lain. Sepatutnya kita yang melaksanakan tugas berkenaan bukan orang lain. Andaikata orang berkenaan berdoa kerana dizalimi oleh kita, tidakkah kita bimbang doa tersebut akan mengejar dan membaham kita.

Renungkanlah secara mendalam, kemungkinan segala masalah yang kita alami seperti kemalangan, kenderaan kita rosak, wang yang sentiasa tidak mencukupi, hati tidak tenang dan pelbagai lagi ketidak selesaan yang kita alami, disebabkan oleh doa orang-orang di sekeliling kita yang telah kita zalimi ......dan mungkin jugak sebab kita tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab kita dengan sewajarnya sesuai dengan gaji yang kita terima setiap bulan.....cubalah renungkan.

daud zakaria.

No comments:

Post a Comment