Thursday, September 16, 2010

Seminggu bercuti raya












PEKAN PARIT.


RUMAH CONTOH SERI ISKANDAR











WAKTU PAGI DI DESA.











BERSAMA GHAZALI, MALAM NOSTALGIA 77/78




BERSAMA SULAIMAN, MALAM NOSTALGIA 77/78


























Bermula dari 10 - 16 September 2010 aku telah bercuti sempena HARI RAYA AIDUL FITRI. Aku bergerak balik kampung pada hari Khamis malam HARI RAYA jam 6.00 petang. Disebabkab kereta aku tidak dalam keadaan baik, aku terpaksa meminjam kereta 'biras' aku. Tiba dikampunglebih kurang jam 11.00 malam, agak lewat maklumlah kenderaan agak banyak juga dilebuhraya menuju ke utara. Aku bercadang untuk berbuka puasa di hentian2 di lebuh raya tersebut namun semuanya penuh dengan kenderaan. Oleh itu terpaksa berbuka dalam kenderaan dalam keadaan masih memandu, nak buat macam mana......

Hari Raya Pertama aku cuma memerap jer kat rumah adik aku di kampung bersama keluarga. Sebenarnya ibu ku dah lama meninggal cuma tinggal ayah aku yang dah uzur yang usianya lebih 90 tahun. Dia tinggal di rumah yang dia bina dan tak mahu tinggal di rumah anak-anak. Hari raya tahun ni bapa aku memang tidak sihat seperti hari raya yang sudah-sudah....jadi suasana beraya dengan bapa langsung tiada. Hari Raya tahun ni aku memang tiada pergi ke rumah sesiapa pun, hanya memerap kat rumah jer....

Pada HARI RAYA kedua siang, aku serta keluarga pergi ke bandar SERI ISKANDAR untuk melihat rumah contoh di sana. Aku pergi ke sana untuk melihat rumah contoh jer bukan aper pun. Tapi kalau dah pencen nanti aku memang bercadang untuk kembali ke PERAK. Tapi tak tau lagi kat mana aku nak duduk sama ada di KUALA KANGSAR atau SERI ISKANDAR atau di kubur kalau umur aku tak panjang....insyaALLAH harap umur aku panjang. Bimbang gak jika amalan masih tak banyak....

Hari raya kedua malam aku serta keluarga pergi ke DEWAN IBKN di Seri Iskandar untuk menghadiri 'reunion' bekas pelajar SEKOLAH DATO' ABDUL RAHMAN YAACOB sesi 77 dan 78. Ramai jugak rakan yang aku jumpa iaitu iaitu Muhd. Sulaiman Nur, Hasnah Jamaluddin, Shakirah, Tazimah, Shafie Ardi, Sunaini, Hayan, Nordin, Zul, Ghazali, Rosnona, Anuar, Adnan, dan ramai lagi. Aku dapat informasi lebih kurang 30 orang bekas pelajar tahun 77&78 yang hadir malam tu.... Aku bernasib baik kerana mendapat hadiah cabutan bertuah malam tu namun yang penting bagi aku bukan hadiah tapi dapat berjumpa rakan lama adalah lebih bermakna lagi. Seronok jugak malam tu bila melihat gelagat grup aku yang bersorak setiap kali cabutan bertuah dikumandangkan nama mereka. Masing lupa yang diri masing-masing dah mencecah umur veteran termasuk aku sendiri....heh...heh...heh....Malam NOSTALGIA SMDARY itu tamat lebih kurang jam 11.00 malam dengan masing-masing membawa kenangan manis pulang ke rumah. Aku terkilan tidak dapat berjumpa rakan2 yang tidak dapat join malam tu seperti Zaini, Mai , Ma Fatimah, dan lain2 lagi. Ramai dikalangan kami bertemu dalam FB dan ramai juga dikalangan kami yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Hari Raya ketiga aku pergi berziarah ke rumah sedara mara isteri aku di Kampung Seterus, Sauk, Kuala Kangsar. Di sana singgah di rumah kakak ipar aku. Niat untuk bermalam di sana satu malam tetapi disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa balik ke Bangi jam 8.00 malam itu jugak. Masuk saja ke Lebuhraya kami telah terlibat dalam kesesakan dah kami berada dalam situasi berkenaa selam lebih kurang 2 jam. Selepas bandaraya Ipoh kami tidak lagi berada dalam kesesakan dan perjalanan kami selepas itu adalah lancar sangat hingga tiba di Bangi.

Di Bangi aku tidak pi mana-mana pun hanya duduk di rumah dan sekali-sekala keluar untuk mendapatkan bahan keperluan harian. Dan hari ini......aku mula bertugas kembali iaitu pada 17 SEPTEMBER 2010......

daud m. zakaria.

No comments:

Post a Comment