Tuesday, January 18, 2011

Riyak dan sombong...


Riyak dan Sombong merupakan dua istilah yang amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Setiap individu yang faham dengan istilah tersebut mungkin akan melenting jika kita tempelkan istilah ini kepada dirinya walaupun dia memang mempunyai sikap tersebut. Kalau dalam amal ibadat sekalipun jika disertai dengan sikap riyak tentu pahala amalan tersebut akan terbatal.

Pelbagai sikap riyak dan sombong dapat kita lihat pada manusia hari ini. Riyak dalam ilmu dimana dia akan berasa dirinya yang banyak ilmu dan ilmunya tidak boleh dikritik. Jika kita cuba mengkritik dia akan mencari jalan untuk mengkritik kembali walaupun dengan cara berbohong. orang yang bersikap begini seringkali juga berbohong demi untuk mencapai 'kemenangan' dalam perbincangan. Orang yang bersikap begini juga amat sukar untuk meminta maaf jika bersalah. Kita harus ingat orang yang mempunyai sifat 'sombong' walau sebesar biji sawi sekalipun tidak akan masuk ke syurga.......

daudmontakzakaria

Wednesday, January 12, 2011

Tamak.....

TAMAK, ialah satu perkataan yang membawa erti yang buruk. Tentu semua individu akan melenting jika kita melabelkan perkataan tersebut pada dirinya.
Orang yang bersikap tamak ini akan lupa segala perkara yang lain, yang penting dia akan dapat apa yang dikehendakinya. Dia berasa tidak cukup dengan apa yang ada padanya dan akan mendapat lebih lagi untuk dimiliki.
Orang yang sebegini tidak akan memikirkan orang lain. Dia juga akan lupa orang lain juga perlu kepada benda yang sama untuk keperluan diri dan kumpulannya.
Perasaan atau sikap tamak ini tidak akan padam jika terus dibiarkan subur dalam diri kita. Oleh itu sebelum ia melarat dan sukar dibendung, maka hendaklah ia di racun atau di halang daripada tahap ia masih dalam bentuk tunas lagi....
daudmontakzakaria

Wednesday, January 5, 2011

Dengki atau iri hati...

Sebagai manusia biasa kita memang lemah dalam segala perkara. Ada ketikanya kita berasa tidak selesa dengan orang lain. Ada ketikanya kita akan berasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki, namun adakah adil kita bersikap demikian. Jika apa yang orang miliki tersebut hasil usahanya sendiri tanpa menindas orang lain tentu tiada salahnya. Melainkan jika dia memperolehnya melalui jalan atau cara yang salah seperti memburukkan orang lain, mempergunakan orang lain dan hal-hal yang seumpama itu. ISLAM juga melarang penganutnya mempunyai perasaan dengki atau iri hati kerana perasaan tersebut akan menimbulkan atau menjana kepada perkara-perkara lain yang lebih buruk lagi.....

daudmontakzakaria.