Saturday, April 16, 2011

Fenomena akhir zaman kut....



Bukan semua yang dikatakan oleh orang tua itu benar belaka, perlu kita bertanya sebab jika kita tidak bertanya tentu kita tidak akan mendapat jawapan yang lebih benar. Bukan tujuan kita banyak bertanya untuk memalukan orang lain kerana memalukan orang lain tentu akan mendatangkan dosa kepada kita. Jangan juga sulami pertanyaan kita dengan perkara yang mempermainkan agama suci kita iaitu ISLAM.
Teringat masa aku masih sekolah menengah, boleh dikatakan jika ada masalah agama, aku selalu jer menanyakan kepada seorang guru agama desa yang biasanya mereka membaca kitab lama yang muka suratnya merupakan kertas kuning. Sekarang ni ustaz tersebut sudah pun lama meninggal. Masa tu aku masih sekolah menengah. Aku bukan sekolah aliran agama, jadi tak mustahillah aku amat jahil bab-bab agama ni....Bisanya aku akan bertanya ustaz kampung tu secara 'personally' tanpa sesiapapun.
Salah satu solan yang pernah aku tanyakan kat ustaz tu ialah......

"Kalau TUHAN adil mengapa dia jadikan orang Islam dan Kafir..? Aku tanya sebab aku fikirkan manusia yg dilahirkan Islam tentu lambat laun akan masuk syurga jugak, itu yang aku tahu sejak dulu, sedangkan si kafir kalau tak masuk Islam tentu jadi isi neraka yg kekal. Aku masa itu fikir kekal dalam neraka bermakna kekal dalam api, masa tu nanti tiada penghujung. Api yang paling panas kat dunia ni ialah lahar gunung berapi yang kira-kira.....ermmmm....mungkin 1000 darjah Celcius. Sedangkan api kat dapur memasak pun kita tak mampu bertahan lama jika kita letakkan tangan kita kat api berkenaan...kalau tak percaya cubalah sendiri, aku dah lama cuba hal tersebut. Kita pun tentu tahu kan sehari kat akhirat adalah 1000 tahun kat dunia, itu apa yang aku dengar drpd ustaz.. Fikirlah jika kita tinggal solat ngan sengaja kita akan dibakar di api neraka selama 80 ribu tahun waktu akhirat, itu pun ustaz yang kata. Dalam neraka kulit kita dibakar hangus, bila hangus ALLAH ganti dengan kulit baru yang lain untuk menjadikan kita lebih terseksa. Dari segi sains memang betul sebab pada kulit terdapat deria rasa yang merasa apa yang dilakukan kepadanya. Pada daging memang tiada apa2 deria rasa pun.

Ooooooppppssss! jauh pulak cerita aku ni....o.k...Ustaz yg aku tanya berfikir jugak, kemudian baru dia cakap........

"Tuhan jadikan jin dan manusia semata-mata untuk menyembahNYA...' lepas tu dia jelaskan menjela-jela, tapi dah lupa sekarang ni...apa yang aku ingat ialah ustaz tu kata Tuhan berhak menjadikan apa yang dia nak sebab dia berkuasa...suka dia apa yg nak dijadikannya...Sebenarnya banyak gak hal-hal lain berkaitan agama yang aku tak tau dan membentuk tanda tanya besar di kepala aku, aku tanyakan kat ustaz tu...
La...ni kalau ustaz mana2 pun beritahu apa2 berkaitan agama, jarang aku nak protes...sebab dia orang ni pewaris nabi....
Bimbang gak aku sejak akhir2 ramai yang memprotes apa yang ahli agama ketengahkan, yang protes tu pulak bukan dalam bidang agama pun. Mungkin ada yang jahil macam aku gak...Namun ada jugak ahli agama yang menyanggah pendapat ahli agama yang lain....adakah ini merupakan FENOMENA akhir zaman....? tahlahhhh......

* kepada arwah ustaz tu aku doakan moga rohnya ditempatkan dikalangan golongan yang diredhai......

daudmontakzakaria.

Takutnyer...

Cuba lihat pada dada akhbar-akhbar sekarang ni. Kelihatan penuh dengan berita-berita yang menakutkan kita. Seolah-olah kita bukan hidup di negara yang diperintah oleh ORANG ISLAM.
Bila kita tatap akhbar sekarang penuh dengan kes bunuh, rogol, buang anak, khalwat, zina dan sebagainya. Tidakkah kita berasa bimbang??? Dengan pelbagai kemungkaran ini tidakkah akan menjadikan ALLAH murka kepada kita?? Sedarkah kita betapa banyak sudah kemungkaran yang kita lakukan. Bukan setakat jenayah yang disebutkan malah sekarang ini timbul pula kes video yang masing-masing cuba membuat hukuman sendiri. Padahal kita tahu dalam ISLAM jika tiada 4 orang saksi, sukar untuk diterima hal berkenaan. Apa2 pun perkara ini kita serahkan saja pada yang berkuasa. Jangan libatkan diri kita dalam kes yang turut dipantau oleh malaikat di kiri dan kanan kita yang sentiasa berrsedia untuk mencatat dosa dan pahala kita semua......
Perlu diingat bukan satu perkara yang mustahil ALLAH memasukkan kita kedalam lingkaran api pasifik jika kemungkaran terus berlaku tanpa batasan...
daudmontakzakaria.

Tuesday, January 18, 2011

Riyak dan sombong...


Riyak dan Sombong merupakan dua istilah yang amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Setiap individu yang faham dengan istilah tersebut mungkin akan melenting jika kita tempelkan istilah ini kepada dirinya walaupun dia memang mempunyai sikap tersebut. Kalau dalam amal ibadat sekalipun jika disertai dengan sikap riyak tentu pahala amalan tersebut akan terbatal.

Pelbagai sikap riyak dan sombong dapat kita lihat pada manusia hari ini. Riyak dalam ilmu dimana dia akan berasa dirinya yang banyak ilmu dan ilmunya tidak boleh dikritik. Jika kita cuba mengkritik dia akan mencari jalan untuk mengkritik kembali walaupun dengan cara berbohong. orang yang bersikap begini seringkali juga berbohong demi untuk mencapai 'kemenangan' dalam perbincangan. Orang yang bersikap begini juga amat sukar untuk meminta maaf jika bersalah. Kita harus ingat orang yang mempunyai sifat 'sombong' walau sebesar biji sawi sekalipun tidak akan masuk ke syurga.......

daudmontakzakaria

Wednesday, January 12, 2011

Tamak.....

TAMAK, ialah satu perkataan yang membawa erti yang buruk. Tentu semua individu akan melenting jika kita melabelkan perkataan tersebut pada dirinya.
Orang yang bersikap tamak ini akan lupa segala perkara yang lain, yang penting dia akan dapat apa yang dikehendakinya. Dia berasa tidak cukup dengan apa yang ada padanya dan akan mendapat lebih lagi untuk dimiliki.
Orang yang sebegini tidak akan memikirkan orang lain. Dia juga akan lupa orang lain juga perlu kepada benda yang sama untuk keperluan diri dan kumpulannya.
Perasaan atau sikap tamak ini tidak akan padam jika terus dibiarkan subur dalam diri kita. Oleh itu sebelum ia melarat dan sukar dibendung, maka hendaklah ia di racun atau di halang daripada tahap ia masih dalam bentuk tunas lagi....
daudmontakzakaria

Wednesday, January 5, 2011

Dengki atau iri hati...

Sebagai manusia biasa kita memang lemah dalam segala perkara. Ada ketikanya kita berasa tidak selesa dengan orang lain. Ada ketikanya kita akan berasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki, namun adakah adil kita bersikap demikian. Jika apa yang orang miliki tersebut hasil usahanya sendiri tanpa menindas orang lain tentu tiada salahnya. Melainkan jika dia memperolehnya melalui jalan atau cara yang salah seperti memburukkan orang lain, mempergunakan orang lain dan hal-hal yang seumpama itu. ISLAM juga melarang penganutnya mempunyai perasaan dengki atau iri hati kerana perasaan tersebut akan menimbulkan atau menjana kepada perkara-perkara lain yang lebih buruk lagi.....

daudmontakzakaria.

Tuesday, November 30, 2010

Bala atau musibah....

Bala atau musibah merupakan perkara yang amat tidak kita ingini. Namun begitu kalau ALLAH mahu menimpakan musibah atas diri kita tiada siapa pun dapat menghalangnya. Bala atau musibah wujud dalam pelabagai bentuk seperti kemalangan, bencana alam, penyakit dan sebagainya.

Bagi aku mungkin musibah yang menimpa aku disebabkan oleh banyak perkara. Andaian aku mungkin ALLAH ingin membersihkan segala dosa aku, mungkin ALLAH ingin menguji aku dan mungkin jugak ALLAH membalas atas segala dosa yang aku dah lakukan seperti tidak adil kepada sesiapa saja yang pastinya perbuatan tersebut merupakan satu kezaliman terhadap orang lain, sapa tau kan.

Namun begitu segala bala dan musibah yang menimpa aku, terpaksalah aku redha kerana kalau tidak redha merupakan sikap yang tidak disukai oleh ALLAH. Aku hanya mampu mengucapkan 'Inna lillahi wainna Ilaihi Rojiun....' bila ditimpa bencana walaupun sering jugak aku mengeluh bila ditimpa musibah berkenaan. Cuma harapan aku agar tidak lagi ditimpa bencana dimasa akan datang serta aku mampu jugak untuk REDHA dan memperbaiki sikap yang tidak disukai olehNYA.... itu saja yang mampu aku lakukan....

daudmontakzakaria

Wednesday, November 24, 2010

Ermmmmm...kadang2 rasa rendah diri kita...

Manusia biasa memang dilengkapkan dengan perasaan rendah diri. Mungkin tahap rendah diri berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain. Banyak sebab kenapa manusia rendah diri umpamanya kurang kebendaan, kurang paras rupa, kurang glamor dan sebagainya.

Dalam bidang tugas kami pula ada ketikanya kami akan berasa rendah diri bila peralatan kumpulan atau grup lain lebih canggih daripada peralatan media yang kami pakai. Terutamanya apabila kita membuat liputan bersama dengan krew-krew stesen tv dan sebagainya. Cuba fikirkan grup lain ada yang membuat kerja mereka dengan kamera yang lebih canggih seperti kamera HD, tentu kita bersebelahan dengan mereka, amatlah rasa rendah sangat di sudut hati. APATAH LAGI BILA KITA MEMBUAT RAKAMAN DENGAN MENGGUNAKAN 'HANDYCAM' di Hotel 5 bintang yang munggkin dihadiri oleh media stesen tv yang mega. Baju kita atau tag nama kita tertulis dengan jelas 'UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA' hu...hu....hu...hu....

daudmzakaria