Friday, October 1, 2010

Bohong....

Bohong, lebih kurang sama erti dengan dusta, karut, palsu, berlainan daripada yang sebenarnya. Sikap pembohong merupakan satu sifat yang ada pada manusia tertentu. Bukan semua manusia mempunyai sikap sedemikan. Bohong merupakan satu perbuatan manusia yang tidak murni dan tidak baik yang sewajarnya dijauhi oleh manusia.

Terdapat satu pepatah Melayu yang berbunyi 'Bercakap bohong, lama-lama mencuri'. Ini membawa makna kalau kita sentiasa berbohong, akhirnya ia akan menjurus ke arah satu perbuatan lain yang juga tidak kurang buruknya iaitu mencuri. Ia juga boleh membawa pengertian bahawa perbuatan bohong akan membuahkan perbuatan buruk yang lain yang tidak kurang juga kejinya. Oleh itu cubalah dengan sedaya upaya mengelakkan diri kita daripada terjerumus kepada perbuatan berbohong kerana perbuatan tersebut adalah keji di sisi agama serta ia boleh menjana kepada perbuatan-perbuatan keji yang lain.

Dalam kehidupan seharian ada ketikanya jua aku terjumpa dengan manusia yang mempunyai sifat sebagai seorang pembohong. Mereka sentiasa bercakap bohong hatta dalam perkara yang dianggap remeh. Aku pun tidak mengerti mengapa mereka suka bercakap bohong. Yang lebih menghairankan aku, ada dikalangan mereka yang berbohong tersebut tidak pernah tinggal solatnya. Terdapat juga dikalangan mereka yang sering berkata seolah-olah seperti seorang ahli agama. Itu yang paling menghairankan dan membuatkan aku berasa pelik giler...........

daudmzakaria.

No comments:

Post a Comment