Wednesday, November 3, 2010

Peka ker kita...?

BUKAN senang dan mudah tugas berkumpulan ni. Semuanya mesti dibuat dengan adil. Silap sedikit sahaja tentu akan menimbulkan perselisihan dan sebagainya.

Dalam tugas berkumpulan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kalau ada pihak yang curi tulang...ia juga akan ditanya setelah kita lenyap dari muka bumi nanti. Masa itu nanti tiada bantuan dan tiada pertolongan. Hanya harapkan doa sanak saudara dan rakan2 jer. Ketidak adilan berlaku bila kita mengamalkan 'curi tulang'. Bila hal ini berlaku, beban tugas berkenaan akan ditanggung oleh orang lain. Kalau orang tersebut redha dengan apa yang berlaku mungkin kita terlepas. Apa kata kalau orang tersebut tidak redha dengan hal berkenaan. Tentu dia akan doakan perkara yang mungkin tak mampu kita tanggung. Ingat doa orang yang teraniaya tiada hijab dan akan dimakbulkan TUHAN.

Mungkin kita tak sedar, kesihatan kita terganggu atau merosot, kekuatan kita membuat kerja tidak lagi berkesan, pergerakan kita tidak sepantas dahulu, ingatan kita kurang, musibah sentiasa berlaku pada diri kita itu mungkin ada sebabnya. Hendak dikatakan usia tua, orang lain pun ramai gak yang tua tetapi mengapa mereka masih cergas?. Perkara ini mungkin kesan doa orang2 yang kita khianati, orang yang telah memikul beban tugas kita disebabkan kita 'curi tulang', orang yang sering kita aniaya rohani dan jasmaninya....cuba kita fikirkan jauh-jauh....berfikir di luar kotak.....

daudmzakaria

No comments:

Post a Comment