Tuesday, January 18, 2011

Riyak dan sombong...


Riyak dan Sombong merupakan dua istilah yang amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Setiap individu yang faham dengan istilah tersebut mungkin akan melenting jika kita tempelkan istilah ini kepada dirinya walaupun dia memang mempunyai sikap tersebut. Kalau dalam amal ibadat sekalipun jika disertai dengan sikap riyak tentu pahala amalan tersebut akan terbatal.

Pelbagai sikap riyak dan sombong dapat kita lihat pada manusia hari ini. Riyak dalam ilmu dimana dia akan berasa dirinya yang banyak ilmu dan ilmunya tidak boleh dikritik. Jika kita cuba mengkritik dia akan mencari jalan untuk mengkritik kembali walaupun dengan cara berbohong. orang yang bersikap begini seringkali juga berbohong demi untuk mencapai 'kemenangan' dalam perbincangan. Orang yang bersikap begini juga amat sukar untuk meminta maaf jika bersalah. Kita harus ingat orang yang mempunyai sifat 'sombong' walau sebesar biji sawi sekalipun tidak akan masuk ke syurga.......

daudmontakzakaria

Wednesday, January 12, 2011

Tamak.....

TAMAK, ialah satu perkataan yang membawa erti yang buruk. Tentu semua individu akan melenting jika kita melabelkan perkataan tersebut pada dirinya.
Orang yang bersikap tamak ini akan lupa segala perkara yang lain, yang penting dia akan dapat apa yang dikehendakinya. Dia berasa tidak cukup dengan apa yang ada padanya dan akan mendapat lebih lagi untuk dimiliki.
Orang yang sebegini tidak akan memikirkan orang lain. Dia juga akan lupa orang lain juga perlu kepada benda yang sama untuk keperluan diri dan kumpulannya.
Perasaan atau sikap tamak ini tidak akan padam jika terus dibiarkan subur dalam diri kita. Oleh itu sebelum ia melarat dan sukar dibendung, maka hendaklah ia di racun atau di halang daripada tahap ia masih dalam bentuk tunas lagi....
daudmontakzakaria

Wednesday, January 5, 2011

Dengki atau iri hati...

Sebagai manusia biasa kita memang lemah dalam segala perkara. Ada ketikanya kita berasa tidak selesa dengan orang lain. Ada ketikanya kita akan berasa iri hati dengan apa yang orang lain miliki, namun adakah adil kita bersikap demikian. Jika apa yang orang miliki tersebut hasil usahanya sendiri tanpa menindas orang lain tentu tiada salahnya. Melainkan jika dia memperolehnya melalui jalan atau cara yang salah seperti memburukkan orang lain, mempergunakan orang lain dan hal-hal yang seumpama itu. ISLAM juga melarang penganutnya mempunyai perasaan dengki atau iri hati kerana perasaan tersebut akan menimbulkan atau menjana kepada perkara-perkara lain yang lebih buruk lagi.....

daudmontakzakaria.

Tuesday, November 30, 2010

Bala atau musibah....

Bala atau musibah merupakan perkara yang amat tidak kita ingini. Namun begitu kalau ALLAH mahu menimpakan musibah atas diri kita tiada siapa pun dapat menghalangnya. Bala atau musibah wujud dalam pelabagai bentuk seperti kemalangan, bencana alam, penyakit dan sebagainya.

Bagi aku mungkin musibah yang menimpa aku disebabkan oleh banyak perkara. Andaian aku mungkin ALLAH ingin membersihkan segala dosa aku, mungkin ALLAH ingin menguji aku dan mungkin jugak ALLAH membalas atas segala dosa yang aku dah lakukan seperti tidak adil kepada sesiapa saja yang pastinya perbuatan tersebut merupakan satu kezaliman terhadap orang lain, sapa tau kan.

Namun begitu segala bala dan musibah yang menimpa aku, terpaksalah aku redha kerana kalau tidak redha merupakan sikap yang tidak disukai oleh ALLAH. Aku hanya mampu mengucapkan 'Inna lillahi wainna Ilaihi Rojiun....' bila ditimpa bencana walaupun sering jugak aku mengeluh bila ditimpa musibah berkenaan. Cuma harapan aku agar tidak lagi ditimpa bencana dimasa akan datang serta aku mampu jugak untuk REDHA dan memperbaiki sikap yang tidak disukai olehNYA.... itu saja yang mampu aku lakukan....

daudmontakzakaria

Wednesday, November 24, 2010

Ermmmmm...kadang2 rasa rendah diri kita...

Manusia biasa memang dilengkapkan dengan perasaan rendah diri. Mungkin tahap rendah diri berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain. Banyak sebab kenapa manusia rendah diri umpamanya kurang kebendaan, kurang paras rupa, kurang glamor dan sebagainya.

Dalam bidang tugas kami pula ada ketikanya kami akan berasa rendah diri bila peralatan kumpulan atau grup lain lebih canggih daripada peralatan media yang kami pakai. Terutamanya apabila kita membuat liputan bersama dengan krew-krew stesen tv dan sebagainya. Cuba fikirkan grup lain ada yang membuat kerja mereka dengan kamera yang lebih canggih seperti kamera HD, tentu kita bersebelahan dengan mereka, amatlah rasa rendah sangat di sudut hati. APATAH LAGI BILA KITA MEMBUAT RAKAMAN DENGAN MENGGUNAKAN 'HANDYCAM' di Hotel 5 bintang yang munggkin dihadiri oleh media stesen tv yang mega. Baju kita atau tag nama kita tertulis dengan jelas 'UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA' hu...hu....hu...hu....

daudmzakaria

Last minute....?

Budaya kerja last minute ada kalanya menyusahkan orang lain. Fikirlah sendiri, bahan nak guna petang, datang mohon bahan hampir tengah hari. Ada ke patut macam tu....? Kalau bahan yang diminta tu mudah untuk disiapkan tak mengapalah, apa kata kalau bahan tu termasuk dalam katogori yang sukar untuk dibuat atau untuk disiapkan? Tentulah semua pihak akan teraniaya. Bukan pihak yang membuat tugas tersebut teraniaya malah orang yang perlukan bahan tersebut juga teraniaya.

Siapakah yang jadi penganiaya? Ermmmmm....tentulah orang yang memberi arahan....agaknyalah. Dan fikirkanlah....doa orang teraniaya mudah diqabulkan.....kan....kan.....

daudmzakaria.

Wednesday, November 3, 2010

Peka ker kita...?

BUKAN senang dan mudah tugas berkumpulan ni. Semuanya mesti dibuat dengan adil. Silap sedikit sahaja tentu akan menimbulkan perselisihan dan sebagainya.

Dalam tugas berkumpulan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kalau ada pihak yang curi tulang...ia juga akan ditanya setelah kita lenyap dari muka bumi nanti. Masa itu nanti tiada bantuan dan tiada pertolongan. Hanya harapkan doa sanak saudara dan rakan2 jer. Ketidak adilan berlaku bila kita mengamalkan 'curi tulang'. Bila hal ini berlaku, beban tugas berkenaan akan ditanggung oleh orang lain. Kalau orang tersebut redha dengan apa yang berlaku mungkin kita terlepas. Apa kata kalau orang tersebut tidak redha dengan hal berkenaan. Tentu dia akan doakan perkara yang mungkin tak mampu kita tanggung. Ingat doa orang yang teraniaya tiada hijab dan akan dimakbulkan TUHAN.

Mungkin kita tak sedar, kesihatan kita terganggu atau merosot, kekuatan kita membuat kerja tidak lagi berkesan, pergerakan kita tidak sepantas dahulu, ingatan kita kurang, musibah sentiasa berlaku pada diri kita itu mungkin ada sebabnya. Hendak dikatakan usia tua, orang lain pun ramai gak yang tua tetapi mengapa mereka masih cergas?. Perkara ini mungkin kesan doa orang2 yang kita khianati, orang yang telah memikul beban tugas kita disebabkan kita 'curi tulang', orang yang sering kita aniaya rohani dan jasmaninya....cuba kita fikirkan jauh-jauh....berfikir di luar kotak.....

daudmzakaria